AWLA hadir Single “Ulul Azmi” – Lagu Berdurasi 10 Menit Kolaborasi Bersama Jenny Chin
KUMPULAN nasyid AWLA melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Ulul Azmi”, sebuah lagu istimewa dengan durasi 10 minit dengan keunikan gabungan okestra seperti muzikal filem.
Lebih menarik, lagu ini merupakan hasil kerjasama dengan penerbit muzik ternama Jenny Chin, yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia.
AWLA sendiri adalah gabungan dua kumpulan nasyid yang sudah lama bertapak dalam industri iaitu Saujana yang dianggotai oleh Suffian, Azalinor, dan Zuhaidi, serta Nowseeheart yang terdiri dari Azahari dan Idzhar.
Menurut, Azalinor, Ulul Azmi mempunyai memiliki daya tarik tersendiri kerana muziknya yang serupa muzik orkestra dalam filem, serta membawa kesinambungan antara muzik dan lirik yang menceritakan nabi-nabi besar, dari nabi-nabi terdahulu hingga Nabi terakhir, Muhammad SAW.
“Ulul Azmi bukan hanya sekadar sebuah lagu nasyid, tetapi juga sebuah perjalanan rohani dan emosi. Dengan melodi yang memikat dan lirik mendalam, lagu ini berkisah tentang kekuatan serta ketabahan para rasul besar dalam sejarah,” katanya.
Lagu ini juga mendapat sokongan dari tokoh-tokoh muzik terkemuka, termasuk Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan komposer Mohariz Yaakup, yang mengatakan bahawa lagu ini merupakan pencapaian baru dalam industri musik nasyid di Malaysia. Penerbit dan penyusun musik seperti Azlan Abu Hassan serta Damian Mikhail juga memberikan pujian terhadap susunan muzik dan vokal dalam lagu ini.
Lagu “Ulul Azmi” dicipta oleh AWLA dan Wan Saleh, dengan Jenny Chin sebagai penerbit sekaligus penyusun musik dan vokal. Selain itu, projek ini juga melibatkan pemuzik berbakat seperti Steve Thornton (perkusi), Wan Gigi (gitar), JadLobo (susunan vokal), Ershad Mohd Azlan (cello solo), serta Fung Chern Hwei (viola solo). Orkestra pula dirakam oleh The Beijing International Master Philharmonic.
Azahari juga berkata bekerja dengan Jenny Chin dalam lagu “Ulul Azmi” merupakan pengalaman yang sangat berharga, terutama setelah 27 tahun berkarier dalam industri nasyid.
“Bekerja dengan Jenny Chin untuk Ulul Azmi adalah pengalaman yang sangat berharga. Ini projek nasyid yang saya paling suka selepas lebih 27 tahun dalam industri nasyid,” tambah Azahari.
“Saya suka idea Jenny yang mengadunkan muzik ala Disney dengan sentuhan Timur Tengah. Ia sesuai dengan latar belakang zaman dan tempat kelahiran nabi yang diceritakan dalam lagu,” kata Zuhaidi
Jenny Chin sendiri akui kolaborasi dalam “Ulul Azmi” adalah projek yang istimewa dan tidak boleh menolak, kerana nilai spiritual yang terkandung di dalamnya.
“2024 adalah tahun ke-40 saya dalam muzik dan saya sangat gembira dapat melahirkan Ulul Azmi bersama AWLA. Kebetulan, saya baru sahaja menjalani umrah pertama saya awal tahun ini. Ia adalah perjalanan kerohanian yang sangat istimewa.”
Untuk rekod, AWL mula berkolaborasi dalam lagu dan persembahan sejak 2019, dengan matlamat bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari lagu-lagu asal Saujana dan Nowseeheart.
Lagu ini turut disokong oleh Kementerian Komunikasi serta Kumpulan MyCreative Ventures, selari dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Madani yang menekankan sifat ihsan, kemampanan, dan keyakinan yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah Rasul Ulul Azmi.
Artikle Baru :>
Walau jauh di Australia tidak menghalang Nur Fatima muncul dengan lagu baru