Sukan

Austria 1-2 Türkiye: Merih Demiral berganda menghantar Turkiye ke suku akhir EURO

Türkiye mara ke suku akhir kejohanan besar pertama mereka dalam tempoh 16 tahun selepas kemenangan yang diilhamkan Merih Demiral ke atas Austria melonjakkan mereka ke suku akhir UEFA EURO 2024.

Ini adalah malam yang bermula dengan gol kalah mati EURO terpantas dan berakhir dalam drama tulen dan tanpa henti.

Permulaan pantas ialah “titik jualan unik” Austria menurut Christoph Baumgartner, tetapi akhirnya Türkiye yang meraih kemenangan.

Kegagalan Austri untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hasil sepakan sudut pertama ketika permainan baru 57 saat bermula memboleh Merih Demiral menerjahkan bola ke gawang.

Selepas itu Baumgartner melepas rembatan yang tersasar dan selepas lima minit berlalu Austria hampir menyamakan kedudukan.

Pemain Real Madrid, Arda Güler juga berpeluang untuk mencuba gawang Austria sebelum Merih Demiral menanduk masuk dari satu lagi sepakan percuma.

Austria ada peluang untuk menyamakan kedudukan melalui Baumgartner dan Romano Schmid tetapi tersasar dari sasaran.

Ralf Rangnick melakukan pertukaran berganda pada separuh masa kedua seolah-olah bakal membuahkan hasil apabila lima minit selepas itu Marko Arnautović kelihatan hampir menjaringkan gol tetapi dinafikan oleh Mert Günok.

Sebahagian besar separuh masa kedua Turkiye bermain secara bertahan yang menyukarkan pergerakan barisan hadapan Austria dibantu oleh sorokan penonton yang membingitkan di belakang gol Tukiye.

Namun sekali sekali Turkiye melancarkan serangan balas dan membolehkan mereka dapat satu lagi sepakan sudut namun tandukan Merih Demiral dari hantaran Arda hanya terkena belakang jaring.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button