Atomy bela nasib kanak-kanak, OKU ketika pandemik
NASIB kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) pendengaran di pusat jagaan dalam mengharungi pandemik terbela selepas bantuan dihulur.
Syarikat Atomy Malaysia Sdn Bhd (Atomy) mengambi inisiatif menghulurkan barangan seperti pembersih tangan, rambut, penjagaan badan dan set penjagaan diri.
Kesemua jumlah tersebut bernilai RM141,080 diserahkan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF), Rumah Kebajikan Victory dan PMY Deaf Community.
Turut menerima sumbangan tersebut adalah, Fun-gates Pre School, Fun-gates Soup Kitchen, Cheshire Home dan Hope Worldwide.
Inisiatif tersebut diambil selepas melihat golongan tersebut adalah bersiko terabai dalam ketika seluruh negara sedang memerangi wabak Koronavirus (Covid-19).
“Pihak syarikat melahirkan rasa simpati terhadap golongan kurang upaya yang terjejas teruk akibat pandemik ini.
“Dalam memastikan tiada yang tertinggal dalam menerima bantuan semasa pandemik ini, pelbagai inisiatif strategik telah dilakukan pihak syarikat.
“Antaranya menerusi penyerahan sumbangan penjagaan dan keperluan diri yang diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya golongan terbabit.”
Demikian kata Pengurus Besarnya, Sewon Kim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian selaras dengan matlamat syarikat dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan pengguna di Malaysia.
Atomy adalah syarikat barangan pengguna yang bergerak pesat menawarkan pelbagai produk kesihatan, kecantikan, penjagaan diri, rumah dan hidup serta produk makanan.
Atomy juga dikenali sebagai pusat membeli-belah atas talian di mana pengguna boleh membeli keperluan harian mereka dengan mudah.
Menurutnya lagi, inisiatif sumbangan itu juga bertujuan untuk membantu mereka dalam mengharungi situasi pandemik yang kian meruncing dan juga keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Malah, ketika pengagihan dibuat, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesaihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi.
“Agihan bantuan tersebut juga merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Ia merupakan tunjang asas kepada syarikat yang mengamalkan budaya perkongsian terhadap masyarakat.
“Atomy juga akan terus mengadakan program-program CSR khususnya terhadap golongan yang terjejas akibat pandemik ini pada masa hadapan,” katanya. – SM