Sukan

Atlet lamar kekasih di sukan Olimpik

ATLIT badmiton dari China, Huan Yaqiong menerima kenjutan dari kekasihnya, dilamar secara live  selepas berjaya merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

 

Menerusi laporan Olympics.com, Huang bersama gandingannya Zheng Siwei meraih pingat emas pertama sukan itu selepas mereka menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-8, 21-11 dalam aksi di La Chapelle Arena.

Selepas menerima pingat, Huang dan Zheng kemudian turun dari podium untuk meraikan kejayaan mereka dengan penyokong di luar gelanggang.

 

Bagaimanapun Huang dikejutkan dengan kemunculan teman lelakinya, Liu Yuchen, yang memegang sejambak bunga untuk dihadiahkan sempena kemenangannya.

 

Selepas menyerahkan Huang sejambak bunga, Yuchen dilihat mengeluarkan cincin dan melutut di hadapan Huang, sekali gus mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong China yang menyaksikan babak romantik pasangan tersebut.

 

Menurut Huang, dia tidak menyangka teman lelakinya akan membuat kejutan seperti itu.

 

‘’Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya kerana terlalu gembira. Saya memberi fokus kepada latihan untuk bergelar juara Olimpik dan dikejutkan pula dengan cincin pertunangan. Saya tidak pernah menjangkakannya.

Kreadit: Oh Bulan

Artikle Berkaitan :>

Olimpik: Yang Jiayu dari China menang emas 20km jalan kaki

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button