Atlet Jamaica Hansle Parchment buat kejutan menang emas 110m berpagar
HANSLE Parchment dari Jamaica telah melakukan kejutan dengan memenangi pingat emas dalam final lari berpagar 110m lelaki, menamatkan perlumbaan dalam 13.05 saat untuk merebut gelaran Olimpik.
Parchment mengelahkan juara dunia yang juga pelari pilihan Grant Hollowaym dari AS.
Holloway, yang bermula dengan pantas tetapi terbabas dalam dua rintangan terakhir, menduduki tempat kedua dengan 13.09 saat dan seorang lagi atlet Jamaica turut menaiki podium setelah Ronald Levy menduduki tempat ketiga pada 13.10.
Parchment yang berusia 31 tahun, yang menduduki tempat kedua dalam kejuaraan dunia 2015 di Beijing dan ketiga di London 2012, kini memiliki pingat Olimpik kedua untuk ditambahkan ke kabinet pialanya.
Walau bagaimanapun, yang satu ini pasti akan menjadi kebanggaan ketika Jamaica setinggi 195cm memperoleh kemenangan yang tidak dapat dilupakan di Stadium Olimpik di Tokyo.
Juara Olimpik yang baru itu ketika ditemui seleoas perlumbaan berkata: “Perasaan yang paling hebat, perasaan yang paling hebat.”
“Saya telah bekerja keras. Tidak percaya bahawa saya berjaya mengalahkan lelaki ini (Grant Holloway). Saya sangat bersyukur.
“Saya tidak fikir ramai orang mengharapkan saya menang.”