Politik

Asyraf Wajdi tak faham beza tuntutan parti dengan dasar kerajaan

1. Jenuh kedengaran di YouTube dan Media Sosial berkenaan dengan kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi yang mendakwa bahawa ;

” Tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000-00 secara sekali keluar i-Citra merupakan garis panduan kepada Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri pada Ogos lalu. ”

2. Ini jelas Asyraf sudah tertakluk dalam ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Ogos lalu.

3. Selagi MKT UMNO belum menarik balik ketetapan ini, garis panduan tersebut masih terpakai, kata Asyraf.

4. Asyraf juga kata, pengeluran i-Citra ini adalah bagi memenuhi hasrat dan menyantuni tuntutan rakyat yang terdesak semenjak perintah kawalan pergerakan bukan sahaja kerana bencana banjir.

REALITI POLITIK ANTARA TUNTUTAN PARTI DENGAN DASAR KERAJAAN

5. Sesungguhnya Dr. Asyraf tidak memahami perbezaan antara Tuntutan Parti Politik dengan Dasar Kerajaan ?

Dasar Kerajaan di tentukan oleh Kabinet iaitu Jemaah Menteri setelah kajian menyeluruh dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian-Kementerian yang terlibat.

Dr. Asyraf juga jelas kelihatan tidak memahami bahawa Sesuatu Panduan yang di tetapkan oleh MKT UMNO bukannya merupakan sesuatu yang perlu di patuhi.

Ia adalah hanya sebagai Panduan sahaja kepada Perdana Menteri.

Dr. Asyraf jelas kelihatan tidak memahami Peratuan Mesyuarat MKT UMNO dengan Peratuan-Peraturan Kerajaan.

Dasar-Dasar Kerajaan Di Tentukan oleh Kabinet.

6. Tidak semua tuntutan dari parti-parti politik tidak di ikut oleh Kerajaan pada hari ini.

Sebagai contoh, tuntutan moratorium tanpa faedah selama 6 bulan (loan rumah dan loan kereta) kepada rakyat yang terkesan dengan Pandemik Covid dan PKP, telah di persetujui oleh Kerajaan yang terdahulu, setelah kajian menyeluruh dilakukan oleh Kabinet dan Kabinet berpuas hati ini adalah langkah terbaik untuk Rakyat.

7. Pengeluaran KWSP I-Citra ini bukanlah merupakan satu langkah yang baik untuk rakyat.

Langkah ini akan membebankan masa depan rakyat yang akan berpencen dan bersara.

Lagi pula, PM DS Ismail Sabri telah mengumumkan 5 insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000-00, malahan boleh mencecah kepada RM61,000-00 sekiranya berhadapan dengan kemusnahan rumah secara total.

Sesungguhnya ini adalah insentif yang lebih baik untuk Rakyat daripada mengeluarkan I-Citra KWSP.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button