Nasional

Asyraf Wajdi buat ujian selepas MP Kuching positif Covid-19

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat ujian pemeriksaan Covid-19 setelah Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif COVID-19.

Asyraf Wajdi dan Dr Kelvin bertemu ketika menjadi tetamu sebuah program bual bicara di Sinar Harian pada 12 Mac yang lalu.

Menurut Asyraf Wajdi, beliau dan keluarga akan melakukan kuarantin di rumah sehingga mendapat keputusan ujian.

“Bergegas ke Hospital KPJ Selangor untuk membuat ujian pemeriksaan Coranavirus (Covid-19) setelah mendapat berita Ahli Parlimen Kuching YB Kelvin Yii yang berwacana bersama-sama di Sinar Harian pada 12 Mac yang lalu telah disahkan positif dalam Ujian Covid-19.

“Saya dan keluarga akan jalani ‘self-quarantine’ di rumah sementara menantikan keputusan ujian ini. Mohon doakan saya dan keluarga dijauhkan dan terpelihara daripada virus Covid-19 ini,” kata Asyraf Wajdi.

 

Dr Kelvin disahkan positif Covid-19 berdasarkan hasil keputusan ujian yang dibuat Jabatan Kesihatan di Hospital Umum Sarawak pada Isnin.

Menerusi laman Facebooknya beliau memberitahu ada berhubung dengan Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu yang turut disahkan positif beberapa minggu lalu walaupun tidak mempunyai simptom tersebut sejak 14 hari.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button