Hiburan

Arwah Ibu Ubai pesan teruskan majlis nikah walau apa terjadi

Lagi seminggu Penyanyi Shila Amzah dan pempegaruh media sosial Ubai Mz akan melangsungkan perkahwinan namun malam dikhabarkan Ibu kepada Ubai menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang akibat penyakit kanser yang dihadapinya.

Majlis pertunagan Ubai dan Shiela Amzah

Shila meluahkan rasa sedih menerusi hantaran di Instagramnya, kerana arwah ibu Ubai tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikah mereka yang akan berlangsung tidak lama dan segala persiapan sudah dilakukan oleh arwah.

Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).

Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.” Luahnya
Sebelum ini, Ubai memberitahu ibunya telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu, sebelum ini ibunya sudah menjalani enam kitaran kemoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihadapi.

Ibu Ubai semasa dimasukkan ke hospital

Ibunya menunjukkan kemajuan selepas mejalani selepas menjalani rawatan namun pada pagi 24 Julai tahap kesihatannya menurun.

Ubai turut meluahkan rasa sedih di Instagramnya, bahawa dalam masa 3 bulan dia kehilangan dua ahli keluarganya iaitu adik dan ibunya.

“Dua kehilangan dalam tempoh masa 3 bulan. Adik pergi sebelum Ubai bertunangMak pula pergi lagi beberapa hari sebelum Ubai bernikah. Besar ujian dan dugaan ini.

“Persiapan nikah dan sanding semua dah siap. Tetapi Allah maha mengetahui, semua yang jadi pasti ada hikmah. Ubai ingat pesan mak, apa2 yang jadi majlis mesti diteruskan dan jangan tangguh. Saudara mara, kawan2 mak, kawan2 Ubai, nurse2 and doctor hospital semua tahu mak.

Mak pesan kat semua orang pasal majlis kami. Untuk nikah and sanding nimak nak semua orang pakai baju putih. Mak memang nak juga baju putih. Baju mak pun Ubai dengan Sha dah beli, alhamdulillah mak pakai cantik sangat haritu.” Luahnya.

Terdahulu, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei yang lalu, hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir dalam majlis tersebut.

Artikle berkaitan :>

Shila Amzah dan Ubai Mz bercinta, tak sangka ia bermula dengan skuter

Jarak umur bukan penghalang percintaan Shila Amzah dengan influencer TikTok

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button