Arca dasar laut tarikan baharu di Langkawi
Arca Dasar Laut bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di Langkawi.
Community Based Tourism, Arca Dasar Laut di Pulau Langkawi, Kedah merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Marine Research and Excellent Centre (MAREC) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi. Program ini juga telah mendapat penajaan dari pihak Felcra dan juga LADA.
Seramai sembilan orang artis yang berpengalaman telah terpilih bagi menyertai program ini. Mereka akan bersama komuniti setempat antaranya para nelayan, operatus selam skuba dan artisan tempatan dalam penghasilan karya arca ini. Mitos dan lagenda Pulau Langkawi akan diangkat sebagai rujukan dalam penghasilannya. Bahan simen konkrit yang telah dirawat dijadikan bahan utama karya dan bahan ini bersifat mesra kepada ekosistem dan ekologi marin.
Proses penghasilan arca dasar laut ini akan dilaksanakan di Pengkalan Kampung Kubang Badak dan pengkalan ini merupakan tempat pertemuan dikalangan peminat biogeotrail tempatan dan antarabangsa, aktiviti snorkeling dan juga memancing. Penghasilan arca dasar laut ini telah bermula pada Disember tahun lalu dan dijangka siap pada Mei 2022.
Karya arca yang telah siap dengan minima size 5 kaki setiap satunya akan dilabuhkan di perairan Pulau Pasir dan akan berada pada kedudukan di daratan, sekitar pesisir dan gigi pantai serta di dasar laut. Kehadiran arca ini pastinya akan memperkayakan lagi kaloni dan habitat marin yang akhirnya memberi limpahan rezeki kepada komuniti sekitar dan akan menjadi pemangkin kepada eco-marine tourism yang baharu.
Galeri foto: