Arak: Ka Siong buat laporan polis terhadap video hasut kaum India
MENTERI Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siang telah mengarahkan pengawainya untuk membuat laporan polis terhadap video berbau perkauman kononnya kaum India menjadi sasaran terhadap undang-undang pemandu mabuk.
Menurutnya, apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut dalam video berkenaan adalah tomahan terhadap kerajaan dan dirinya.
“Memang video itu berbaur perkauman & merupakan berita tidak benar. Saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis bagi menyiasat orang yang tidak bertanggungjawab serta melakukan perbuatan keji ini.
“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dibuat adalah bagi meningkatkan hukuman terhadap mereka yang memandu di bawa pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara mabuk.
“Maka, apa yang disebutkan itu adalah tohmahan yang dilihat bertujuan merosakkan nama kerajaan, parti MCA , BN dan saya sendiri,” kata Ka Siong.
Video itu pada mulanya telah dikongsi di Facebook Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam video itu lelaki berkenaan memberi amaran kepada rakyat berketurunan India terhadap pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang dibuat oleh Ka Siong.
Lelaki itu berkata, dua jenis dakwaan akan dikenakan terhadap mereka. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM100,000 hingga RM150,00 dan dimasukkan ke dalam penjara selama 10 tahun dan lesen akan ditarik balik.
“Ini datangnya daripada MCA. Lelaki MCA ini juga tahu ramai orang Cina juga minum arak. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh melaksanakan ini. Adakah dia cuba membodek kerajaan Melayu, kita tidak tahu.
“Tapi dia tidak langsung menyebut hukuman terhadap pemandu minum ketum, hisap ganja, ambil ice dan dadah. Saya tidak fikir ada hukuman terhadap mereka. Mereka hanya akan didakwa kerana mengambil dadah. Itu sahaja.
“Tapi untuk pemandu mabuk anda dalam masalah besar. Jadi tolonglah beritahu semua pak cik anda, abang, kawan, saudara mara. Setiap seorang keturunan India dalam negara ini perlu tahu ini. Jangan minum arak dan memandu,” kata lelaki berketurunan Cina itu.
Lelaki tersebut berkata, kerajaan hanya mahu mengambil duit rakyat.-SM