Luar Negara

Arab Saudi larang ambil foto, video di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

KERAJAAN Arab Saudi kini secara rasmi mengharamkan swafoto, fotografi dan videografi di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Menurut laporan Thesaudiexpat.com, denda yang ketat akan dikenakan kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan.

Kerajaan Arab Saudi menyatakan bahawa mengambil gambar di dalam Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah atau di sekitar tempat suci ini akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Tidak ada seorang pun yang dibenarkan mengambil gambar atau video di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Larangan tersebut dilakukan bagi memberi pesan kepada orang ramai bahawa tempat suci itu perlu dijaga kehormatan dan maruah mengikut intipatinya.

Ini susulan orang ramai kelihatan lebih asyik berswafoto, mengambil video dan memuat naiknya di internet ketika mengerjakan umrah, haji dan ziarah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sekali gus menjadikan ibadah di tempat suci hilang intipatinya.

Dalam pada itu, selain memudaratkan diri, selalunya aktiviti bergambar dan mengambil video tidak mengikut tatasusila di tempat suci dan menggusarkan orang yang cuba khusyuk berziarah.

Pegawai Arab Saudi berkata, jemaah haji lebih banyak membuang masa mengambil gambar dan video berbanding mengerjakan ibadah.

“Kebanyakan jemaah haji membuang masa, mereka mengambil gambar dan video kemudian berdoa.

“Ini bukan sahaja tidak menghormati tempat suci, tetapi juga mengganggu orang lain yang solat,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button