Arab Saudi berubah ke dasar yang lebih moden
ARAB Saudi yang dulu dikenali sebagai sebuah negara yang sangat konservatif, kini sedang beralih ke satu fasa yang lebih terbuka dan bebas.
Asma iaitu seorang pengunjung di pantai Arab Saudi menceritakan pengalaman-pengalamannya menikmati waktu bersama pasangannya di sebuah pantai sekitar Arab Saudi yang selama ini aktiviti itu dilarang.
Hujung minggunya dihabiskan di pantai sekitar King Abdullah Economic City. Kawasan ini buat pertama kalinya memberi kebebasan kepada wanita untuk berehat di gigi pantai sambal mengenakan bikini malah turut dibenarkan berpelukan bersama pasangan.
Pantai tersebut dikenali sebagai Pure Beach yang mana telah menjadi sebahagian daripada matlamat awal Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Arab Saudi kini telah berkembang dan tidak lagi mengikuti sistem konservatif.
Asma, 32, dapat menari bersama pasangan di pantai berhampiran dengan Laut Merah, diiringi oleh alunan muzik yang sebelum ini dilarang di mana perkara ini menunjukkan gambaran kecil perubahan yang berlaku di negara ini.
Terdahulu, selain daripada muzik yang tidak dibenarkan untuk dipasang, wanita juga dilarang untuk memandu dan pantai juga dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan bahagian wanita.
Namun begitu, larangan-larangan tersebut mula digugurkan oleh kerana MBS yang ingin Arab Saudi menjadi lebih moden.
Asma dapat menikmati masa-masa yang bebas di dalam negara yang dahulunya tertutup itu bersama pasangannya di Pure Beach terletak berdekatan Jeddah dengan hanya 300 riyal Arab Saudi.
Kedatangannya ke pantai itu diiringi oleh tarian dan muzik serta taman air yang eja menggunakan bahasa Arab dan membuatnya berasa sangat gembira.
Tambahan lagi, Arab Saudi turut membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk tinggal dalam satu rumah.
Hal ini menyebabkan Bilal Saudi, ketua acara King Economic City meluahkan rasa kelirunya dan selalu meneka-neka dengan dirinya adakah pasangan yang berkunjung ke pantai sudah berkahwin atau belum.
Bagi Dima dan Saleh iaitu seorang ahli perniagaan dan pengunjung pantai, mereka tidak perlu lagi bercuti ke luar negara untuk menikmati kebebasan ini.
Saleh juga turut tidak menyangka bahawa dia dapat menikmati kebebasan yang sama seperti dilihatnya di Amerika Syarikat dapat dinikmati di Arab Saudi, namun begitu, larangan alkohol masih diterapkan di semua tempat di Arab Saudi.
Pure Beach menunjukkan gambaran akan kejayaan program Saudi Vision 2030 yang dilancarkan oleh MBS.
Bagi menjayakan misi tersebut, larangan lain turut dilucutkan seperti serbuan ke atas orang awam di tempat awam oleh polis syariah dan polis agama duucutkan, membenarkan konsert dengan penonton lelaki dan wanita serta pawagam yang dibuka secara bebas.
Dalam sektor keselamatan pula, wanita dibenarkan untuk menjadi tentera dan perkara ini dapat dilihat di Masjidil Haram baru-baru ini dimana pasukan keselamatan dipenuhi oleh golongan wanita.
Langkah-langkah drastik yang diambil oleh MBS ini mengundang rasa tidak enak oleh mereka yang masih mengamalkan gaya hidup yang konservatif, namun langkah ini adalah wajar bagi mencapai misinya untuk menunjukkan dan memberi gambaran kepada dunia luar bahawa Arab Saudi mempu berubah serta berkembang menjadi lebih terbuka.
Bagi mereka yang menentang undang-undang pula akan dianggap sebagai musuh kerajaan. – SM