Aprilia Tuareg 660 jentera ‘off-road’ yang sebenar
APRILIA mula memperkenalkan Tuareg 660 secara global pada Ogos tahun lalu, motosikal ‘adventure’ terbaru itu akhirnya tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi jenama Aprilia, Didi Group.
Aprilia Tuareg 660 direka untuk mengatasi senario ‘off-road’ yang paling sukar sambil menjanjikan tunggangan yang selesa dan mengujakan.
“Ini adalah respon Aprilia kepada permintaan generasi baharu yang mahukan jentera yang mudah ditunggang dan berkemampuan di samping menawarkan keterujaan untuk tunggangan harian.
Hasilnya sebuah jentera bersaiz pertengahan yang menawarkan konsep ‘sporty’ baharu, menepati jangkaan pengguna yang muda dan berpengalaman sekaligus menjadikan motosikal ini jentera ‘off-road’ yang sebenar,” tambah Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Burgo.
Selain mewakili platform 660, Aprilia Tuareg 660 juga menandakan permulaan era baharu bagi Aprilia. Tampil sebagai jentera yang ringan dan berprestasi tinggi dengan rekaan menarik dan unik, Tuareg 660 juga dilengkapi dengan teknologi premium sekaligus meneruskan kesinambungan RS 660 dan Tuono 660. Tuareg juga merupakan nama yang diperkenalkan Aprilia pada 1985.
Dengan sejarah yang cukup terserlah, nama Tuareg menggambarkan beberapa ciri unik; pengalaman menunggang berkualiti, berprestasi tinggi dan menyeronokan. Tuareg 660 juga menawarkan keterujaan sama di jalan raya termasuk tunggangan jarak jauh.Pembangunan Tuareg 660 adalah untuk mereka yang memburu kebebasan. Erti kebebasan juga merupakan nilai utama komuniti Tuareg.
Dibangunkan daripada platform mekanikal enjin silinder berkembar Aprilia 660, lakaran sulung direka bagi memastikan enjin tersebut boleh dimuatkan pada chasis yang pelbagai. Tuareg 660 direka, dibangunkan dan dihasilkan dengan kombinasi sebagai motosikal enduro satu-silinder dan motosikal ‘adventure’ kapasiti pertengahan.
Ini sekaligus meletakkan Tuareg 660 sebagai penanda aras baharu dalam segmen motosikal adventure ‘off-road’ tetapi pada masa sama, menawarkan kemampuan menunggang di atas jalan raya hasil bantuan prestasi enjin yang menjana 80hp di samping berat yang hanya 187kg (berat kering).
Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah:
- lampu LED penuh
- brek kaliper Brembo
- tangki 18L
- Aprilia Performance Ride Control (APRC)
- traction control
- mod tunggangan pelbagai
- cruise control
- paparan TFT 5″
Menurut Didi Group, Aprilia Tuareg 660 ini ditawarkan dengan harga pengenalan RM75,900. – SM
Kredit: EnjinDotCom
Baca artikel berkenaan: