Apple Naikkan Gaji Pekerja RM97 Sejam Di AS
Syarikat pembuat alat komunikasi, Apple, memaklumkan gaji pekerjanya di Amerika Syarikat akan dinaikkan.
Biar pun masih pada era peningkatan inflasi, kenaikan itu dibuat bagi memenuhi desakan persatuan pekerja.
Syarikat itu meningkatkan gaji sebanyak RM96.76 ($22) untuk tempoh sejam atau lebih tinggi peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding tahun 2018.
“Pada tahun ini proses penilaian tahunan kami meningkat dan kami akan menaikkan semua bajet,” kata jurucakap syarikat tersebut.
Menurutnya lagi, Apple juga memaklumkan kepada pekerjanya tentang analisis tahunan prestasi jangkaan tiga bulan ke hadapan.
Apple juga juga tidak mahu menjawab jika ada perubahan pampasan.
Terdahulu pada bulan April, pekerjanya telah memfailkan petisyen bersama persatuan pekerja terhadap Apple, selepas beberapa pekerjanya yang tidak puas hati terhadap Apple dan mengkritik di laman media sosial.
Manakalapula Syarikat teknologi seperti Google (GOOGLE) dan Misrosoft (MSFT) juga akan menaikkan gaji pekerja mereka memadangkan mereka mahu mengekalkan pekerja yang sudah sedia ada.