Ekonomi

Apakah Anwar akan mengheret negara ke dalam kegawatan ekonomi sebagaimana tahun 1998?

PADA tahun 1998 negara berdepan dengan kegawatan ekonomi sehingga memaksa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah drastik dengan menambat ringgit.

Langkah itu menyebabkan ringgit yang diserang tidak dapat diniaga di pasaran antarabangsa. Ketika Dr. Mahathir mengambil langkah itu negara serantau memandang remeh dan sepi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih menganut fahaman ekonomi IMF.

Anwar sempat menaikkan kadar faedah kerana mengikut saranan IMF.

Kadar faedah bank ketika itu mencecah 12 peratus, ibaratnya jika anda membeli kereta ketika itu terpaksa membayar bulanan yang tinggi, kerana tempoh pinjaman juga maksimum adalah lima tahun.

Di Indonesia yang melaksanakan segala saranan IMF menyebabkan pembeli kereta terpaksa membayar bulanan ibarat Velfire, sedangkan mereka hanya membeli Inova.

Related Articles

Namun kebijaksanaan Dr. Mahathir ketika itu berjaga membawa negara keluar daripada kegawatan, sedangkan negara jiran dan serantau jatuh miskin akibat nilai matawang yang terus ditekan.

Justeru tidak hairan seorang ahli parlimen PAS telah menyindir kerajaan selepas beberapa ramalan mereka mengenai pengukuhan ringgit Malaysia “meleset” beberapa kali tahun ini.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) memetik ramalan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan yang didakwanya tersasar.

Dengan nada menyindir melalui soalan tambahan, Ahmad Fadhli kemudian bertanya kepada Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying, jika kerajaan masih mahu membuat ramalan baru mengenai kedudukan ringgit Malaysia berbanding dolar AS.

“Saya nak ingatkan timbalan menteri (Lim) pada tahun lepas, Nov 2023, Menteri Ekonomi menyatakan ringgit dijangka akan mengukuh pada tahun 2024.

“Pada masa itu ringgit RM4.65 (berbanding dolar AS), hari ini ringgit RM4.71… jangkaan itu meleset.

“Menteri Kewangan Kedua (pada Feb) menyatakan bahawa kita menjangka bahawa ringgit akan memulih pada separuh kedua tahun 2024 kepada RM4.50 per dolar AS.

“Jangkaan itu meleset sekali lagi,” katanya.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS menambah adakah kerajaan bercadang untuk membuat jangkaan baru terhadap kedudukan ringgi Malaysia berbanding mata wang AS itu.

Langkah itu, sindirnya, bolehlah diuar-uarkan kepada orang ramai.

“Sebab separuh masa (penggal) kedua ni, tingga beberapa hari saja lagi nak masuk,” katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerangkan kerajaan tidak bimbang dengan penurunan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang direkod tahun lalu.

Jelas Anwar, penurunan itu berikutan nilai keseluruhan pelaburan diterima negara sudah mencatatkan peningkatannya.

“FDI memang menurun pada 2023, tetapi pelaburan keseluruhannya itu tertinggi kerana ia tertinggi yang melibatkan peningkatan mendadak pelaburan domestik.

“Sebab itu, kita tidak bimbang terutama melihat kepada angka suku pertama 2024 di mana pelaburan asing meningkat.

“Saya tidak punyai angkanya sekarang tapi sudah diumumkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bahawa angka untuk 2024 jauh lebih tinggi dari yang diunjurkan sebelumnya dan diberikan secara terperinci nama syarikat dan jumlah pelaburannya,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, penurunan itu antara lain disokong dan diimbangi oleh aliran masuk pelaburan domestik yang kukuh.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM40.4 bilion pada tahun 2023 berbanding RM75.4 bilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan aliran masuk bersih FDI ini terutama dalam ekuiti dan saham dana pelaburan, mencerminkan kelembapan ekonomi global.

Selain itu situasi buruk itu juga dikatakan berpunca daripada menurunnya keyakinan terhadap kerajaan dewasa ini dalam memastikan kestabilan politik, sosial dan ekonomi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button