Apabila titah dilayan sebagai pandangan…
APA beza istana dengan rakyat biasa?
Ia terlalu banyak berbeza. Bahasa pertuturan dan pergaulan juga berbeza.
Jika tuanku raja-raja bertitah ia harus dipatuhi dan bukan hanya dianggap sebagai pandangan. Titah bermakna jika tidak dilaksanakan adalah sebagai penderhakaan.
Hukuman kepada penderhakaan adalah hukuman mati. Di negara jiran iaitu Thailand menderhaka kepada raja adalah kesalahan yang sangat serius.
Di negara kita juga ia juga membawa kepada hukuman mati. Ketua kumpulan ajaran sesat Al-Maunah telah dihukum mati kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan itu telah mengangkat senjata dan melancarkan peperangan.
Sekitar tahun 605 saka (atau 683 Masehi), pemerintah kerajaan Melayu tua, Sriwijaya, iaitu bernama Sri Jayanasa, menitahkan agar prasasti Telaga Batu dipahat.
Pada batu bersurat tersebut Sri Jayanasa menyatakan sumpahan kepada mereka yang ingin menderhakai atau mengkhianatinya.
Dalam sejarah orang Melayu, penderhakaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh penderhakaan yang berbentuk serangan ditemukan pada insiden Jebat mengamuk di Istana Melaka sehingga hukumannya adalah bunuh, seluruh anggota keluarga ikut dibunuh, rumah dirobohkan dan tapak rumah dikorek dan dibuang ke laut.
Selain itu, Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada Raja Iskandar Syah sebagai contoh telah membuka pintu kota agar Betara Majapahit dan bala tenteranya dapat masuk meyerang Singapura. Penderhakaan ini begini dapat dibaca sebagai pembelotan.
Terdapat juga penderhakaan dalam bentuk kata-kata yang bertujuan untuk membuat raja berasa murka. Ini misalnya ditemukan pada Tun Biajid yang menyindir Sultan Mahmud kerana baginda diketahui meniduri isterinya.
Akan tetapi oleh kerana kesalahan itu ada pada baginda Sultan Mahmud, demi mendiamkan Tun Biajid, beliau telah didiamkan dengan pemberian seorang isteri baharu.
Ini berbeza dengan penderhakaan kata-kata pada Telanai Trengganu yang menjatuh-jatuhkan negeri Melaka sehingga dijatuhkan hukum bunuh.
Apakah istilah derhaka itu masih relevan dalam konteks negara majmuk Malaysia pada masa kini.
Ya ia masih relevan kerana kerajaan yang memerintah masih lagi kerajaan Melayu dan agama rasmi masih lagi agama Islam.
Jadi apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Ia tidak harus dianggap sebagai pandangan semata-mata, tetapi sesuatu yang harus dilaksanakan segera.
Bagaimanapun setakat ini orang politik nampaknya melihat ia sebagai satu kejatuhan moral kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan negara diletakkan di bawah pemerintahan darurat.
Oleh itu serangan kini ditumpukan kepada Muhyiddin bagi mendesak beliau meletakkan jawatan.
Naratifnya sudah boleh diagak jika Muhyiddin meletakkan jawatan pengganti akan dilantik dan akan timbul pula kisah pengganti yang tidak layak.
Apabila pemimpin dipilih dari fraksi yang berbeza, fraksi yang lain akan mula menyerang. Begitulah permainan politik yang tidak akan habis sampai bila-bila.
Lantas apa perlunya titah Yang di-Pertuan Agong jika ia tidak diendah oleh orang politik. Sia-sia sahaja raja-raja Melayu dipanggil bermesyuarat dari seluruh negara bagi mencapai kata sepakat itu.
Muhyiddin harus diberi peluang untuk membuktikan beliau dan barisan kabinet yang ada mampu melaksanakan apa yang dititahkan oleh pihak istana.
Jika gagal baharulah difikirkan tindakan yang lebih drastik seperti membubarkan parlimen atau Muhyiddin meletakkan jawatan setidak-tidaknya.
Setakat ini kerajaan yang ada hari ini walaupun menimbulkan kebimbangan, tetapi masih lagi berfungsi.
Titah istana harus dipatuhi dan ahli politik menahan dirilah seketika daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.