Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Sungai Buloh dan bertemu calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin ternyata mewujudkan aura yang luar biasa.
Boleh dikatakan bukan sahaja pengikut setia parti politik itu yang teruja malah penduduk sekitar juga merasai bahangnya dan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar misalnya.