Pendidikan

Apa hal tumbuk perut ni?

BULI lagi? Itu persoalan warganet apabila tular klip video seorang remaja lelaki menumbuk perut seorang remaja lelaki yang dipegang oleh dua remaja sambil diperhatikan oleh sekumpulan remaja yang lain.

Latarbelakang video tersebut seperti dalam sebuah sekolah berasrama yang tidak dapat dipastikan di mana.

Beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden itu juga dilihat tidak menghalang pelaku melakukan perbuatan kejam itu.

Tindakan tersebut menyebabkan mangsa yang mengenakan baju berwarna merah terpaksa menahan sakit akibat dibelasah.

“Masuk asrama tak kisah universiti, sekolah, kolej mana sekalipun, memang buli or ragging ni kena ada ke? Bengang pula aku. Kepada si pembuli, insaflah dik,” kata Nurul Farhana.

“Seronok bantai anak orang ya dik? Kecil-kecil dah perangai macam ni, dah besar nak jadi penyangak ke? Jangan lepas ni kes settle dengan minta maaf. Buang sekolah je,” kata Niey MP.

“Astaghfirullah, anak siapa ni. Mohon pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya tanpa prejudis kepada pelajar dan sekolah,” kata Idawaty Ibrahim.

Video berkenaan turut dikongsi oleh bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik. ‘Lihat isu ini, apakah yang sebenarnya yang berlaku?’ tanya beliau.

Video yang tular sejak malam tadi di Facebook dikongsi lebih 35,000 kali dan mendapat hampir 8,000 komen dikalangan warganet.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button