Hiburan

Gmie Screen meninggal dunia

VOKALIS kumpulan Screen yang pernah menjadi peserta dalam program pertandingan realiti televisyen, Gegar Vaganza, Hajmi Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Gmie diberitakan telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Allahyarham Gmie, 50, meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 2.30 pagi akibat sakit buah pinggang berlubang.

Pemergian allahyarham dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Catatnya, “dukacita bahawa adik ipar saya Hajmi Ibrahim (Gmie Screen) telah kembali ke rahmatullah pagi ini setelah dimasukkan ke hospital dua hari lepas.

“Jenazah allahyarham berada di hospital untuk ujian pengesahan Covid-19.”

Memetik laporan Astro Awani, allahyarham pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan untuk bawa allahyarham ke hospital.

“Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat but panggilan video.

“Bagaimanapun dalam pukul 1.30 pagi tadi doktor menghubungi kami dan memaklumkan keadaan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” kata anak allahyarham Gmie.

Terdahulu, Gmie turut dilaporkan kurang sihat dan hilang selera makan beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Untuk rekod, arwah Gmie bersama kumpulan Screen mencipta populariti sekitar tahun 90-an menerusi lagu berjudul Bila Cinta Di Dusta dan Tak Suka Tak Apa.

Pada April lalu, bintang GV musim kedua ini memberitahu beliau mengalami penyakit buah pinggang bocor. – SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button