Nasional
Anwar telah tiba untuk lawatan kerja ke China
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba untuk lawatan kerja ke China.
“Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia telah selamat tiba di Shanghai malam ini sempena lawatan kerja di Republik Rakyat China atas undangan rakan sejawat dan sahabat saya, Premier Li Qiang.
“Insya-Allah, saya akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selaku Country of Honour, di samping mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur berpotensi China sepanjang berada di Shanghai.
“Lawatan kerja ini juga akan saya gunakan untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun, terutama menerusi pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Premier Li,” kata Anwar – SM.