Nasionalpilihan

Anwar sampaikan sumbangan kepada bekas penyerang bola sepak negara, Azman Adnan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan rutin Zairah Madani melalui Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

Semalam Farhan bagi pihak Perdana Menteri telah bertemu bekas penyerang sensasi Selangor dan Harimau Malaya, Azman Adnan semalam.

“Bekas penyerang sensasi Selangor kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

“Saudara Farhan Fauzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-Allah.” katanya Perdana Menteri di platform X. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button