Politik
Trending

Anwar rasa dikhianati pemimpin PH tinggalkan Mahathir?

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rasa dikhianati apabila terdapat pemimpin Pakatan Harapan (PH) meninggalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian selepas mengatakan terdapat pemimpin dalam pakatan pembangkang itu sebelum ini bertegang mempertahankan Ahli Parlimen Langkawi.

Menurutnya, sebelum ini, ramai pemimpin PH mempertahankan bekas Pengerusi pakatan tersebut daripada meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Malah, mereka juga turut mempertahankan Dr. Mahathir daripada sebarang tohmahan termasuk menjadi punca kepada perpecahan PH.

“Tiga hari sebelum itu terpekik terlolong nak pertahan Ahli Parlimen Langkawi mati-matian sampai habis penggal.

BACA > Riak wajah Tun Mahathir undang simpati netizen — Suara Merdeka

“Tiga hari selepas itu lompat macam katak. Itu yang kita sebut tentang pengkhianatan. Jadi yang bersangkutan jangan marah sangat.”

Demikian kata Ahli Parlimen Port Dickson itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Walau bagaimanapun, memetik laporan portal MalaysiaGazette, Anwar sebelum itu menegaskan beliau bukan penyokong kuat bekas Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) itu.

“Saya bukan pendukung kuat Langkawi,” katanya dengan disambut ketawa ramai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga dilapor enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai perletakan jawatan Dr, Mahathir sebagai Perdana Menteri.

BACA > Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini — Suara Merdeka

Malah, Anwar juga dikatakan enggan mengulas kemelut dalaman PH yang timbul disebabkan perletakan jawatan oleh Dr. Mahathir.

“Saya mahu melihat kehadapan maju sebagai satu pasukan dan bawa perubahan di negara ini.

“Saya ada sejarah penuh derita puluhan tahun. Tidak ada orang di negara ini yang lalui demikian saya seorang sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Mahathir umum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Susulan itu juga berlaku perpecahan dalam PH apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak membawa partinya keluar daripada pakatan tersebut.

BACA > Pengguguran dan lantikan Yang di-Pertua satu titik hitam buat negara – PH — Suara Merdeka

Sebelum itu, kemelut dalaman PH berpanjangan apabila polemik peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Anwar gagal dicapai antara pimpinan parti komponennya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button