Politik
Trending

Riak wajah Tun Mahathir undang simpati netizen

PENGGUNA media sosial khususnya dalam Facebook menzahirkan rasa tersentuh terhadap riak wajah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia susulan, tokoh politik itu dikritik secara lantang oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung perletakan jawatannya sebagia Perdana Menteri.

Dalam perbahasan mengenai usul pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu semalam, Dr. Mahathir bangun menyatakan bantahan.

Namun beliau, dicelah oleh Bung Moktar yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Ahli Parlimen Langkawi itu terutama berkaitan kerjasama UMNO.

Bung Moktar secara lantang menyatakan, perubahan ini disebabkan oleh perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir.

BACA > Henti tuduh PH lelong aset TH – Mujahid — Suara Merdeka

Malah, beliau juga mendakwa pergerakan politik dan hala tuju UMNO sekarang adalah hasil tunjuk ajar dan pimpinan bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Justeru, Dr. Mahathir dilihat terus duduk dengan riak wajah yang sedih dan enggan meneruskan ucapannya.

“Aku sedih melihat Tun Mahathir berasa kecewa dimalukan Bung Moktar ‘Tun Yang ajar kami jaga UMNO’.

“Tersentuh bila melihat riak wajah seorang tua terduduk dalam kekecewaan seperti pertama kali diaibkan di depan orang ramai.

“Dulu Tun berada di atas sehingga segala aibnya tidak terdedah.

“Sekarang kerana sebelum ini Tun tidak henti-henti mengaibkan orang walaupun hakikatnya itu cuma satu fitnah.

“Hingga kini giliran Tun pula bertubi-tubi diaibkan dari pelbagai sudut.”

BACA > UMNO gugur saman terhadap sembilan bekas ahli — Suara Merdeka

Demikian kenyataan penganalisis politik dalam Facebook, Mohd. Fadzil berhubung kritikan yang dihadapi Dr. Mahathir dalam Dewan Rakyat Semalam.

Kenyataan beliau turut mendapat sokongan netizen lain menerusi ruangan komen yang sedih melihat seorang bekas pemimpin negara dikritik hebat.

https://www.facebook.com/mohd.fadzil.5245/posts/4181480221894607

“Setuju dengan apa yang saudara perkatakan. Sejujurnya saya kasihankan Tun.

“Tetapi inilah politik, apa-apa pun boleh berlaku. Semoga kerajaan PN (Perikatan Nasional) bertambah kukuh dan mengambil berat nasib rakyat,” komen Haslina Dhb.

“Betul, setuju dengan tulisan ini. Segalanya sudah ditentukan Allah SWT. Kita tak benci cuma sedih dengan perbuatannya membuatkan kita marah. Allah lebih tahu,” kata Sally Salasiah.

“Betul, memang rasa sedih lihat keadaan Tun. Hilang sudah aura pemimpin beliau. Yang nampak dekat situ seorang tua yg tergagap nak bercakap perkara sama.

“Marah tetap marah dengan segala apa yang beliau sudah buat, tetapi lihat kelibat Tun sebegitu tersentuh dan sedih juga hati menengoknya.

BACA > Pengguguran dan lantikan Yang di-Pertua satu titik hitam buat negara – PH — Suara Merdeka

“Tetapi sudah itu jalan yang Tun pilih,” luah Wan Fatonah Abd. Rahim. – SM

(Visited 666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button