Nasional

Anwar promosi pelaburan peralihan tenaga, teknologi hijau di UAE

Sektor peralihan tenaga dan pelaburan hijau menjadi keutamaan Malaysia dan dipromosikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Katanya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN amat mengalu alukan pelaburan tenaga bersih dan teknologi digital untuk membangunkan rantau Asia Tenggara.
“Saya menyampaikan suara Malaysia terkait masa depan ASEAN yang memerlukan kebersamaan jitu dalam mempromosikan rantau itu sebagai blok yang cemerlang dari segi ekonomi dan budaya.
“Malah, saya turut berkongsikan prakarsa Malaysia yang agresif dalam mempromosikan pembangunan ekonomi sejagat dan juga pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan,” katanya di Facebook.

Sebelum itu, pada forum “Youth For Sustainability Forum” Anwar menyeru anak muda di seluruh dunia agar pantas mengadaptasi teknologi terkini pada era revolusi digital.

Katanya, anak muda perlu meneroka teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Kekuatan mental dan fizikal adalah penting dalam menopang tantangan membentuk sebuah negara negara yang mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi mendatang,” katanya.

Lawatan dua hari Perdana Menteri ke UAE berakhir semalam dengan kejayaan meningkatkan sinergi perdagangan dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC) dan negara ASEAN, selain menarik lebih banyak pelaburan syarikat gergasi UAE. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button