Anwar Ibrahim tiba di istana bagi mengangkat sumpah sebagai PM-10
DATUK Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Istana Negara untuk upacara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri negara ke-10.
Beliau yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 5 petang hari ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Anwar ditemani isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Terdahulu, Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah berkenan atas pelantikan Anwar selepas mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu pagi ini.
Dalam satu kenyataan, Pegawai Pengawal Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti terhadap titah yang dibuat oleh Raja-raja Melayu.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah memberi perkenan untuk melantik Anwar (ahli parlimen Tambun) sebagai perdana menteri ke-10, selaras dengan kuasa Seri Paduka yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Persekutuan Perlembagaan.
“Proses seterusnya ialah pelantikan dan istiadat angkat sumpah sebagai perdana menteri, yang dijadual diadakan pada 5 petang hari ini di Istana Negara.” -SM