Nasional

Anwar Ibrahim dibenarkan keluar hospital

Semalam menjalani pembedahan kecil gigi di HKL

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim  dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi, semalam.

Perdana Menteri Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada jam 9.39 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL dan pasukan perubatan menasihati beliau untuk berada di hospital sehingga esok pagi iaitu hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button