Nasional

Anwar gesa percepatkan pembaikan kuarters penjara Sungai Buloh

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menyegerakan proses pembaikan kuarters Penjara Sungai Buloh bagi memastikan kerja-kerja sedemikian siap menjelang akhir tahun ini.

Perdana Menteri menggesa ketua setiausaha KDN memastikan kerja-kerja pembaikan dijalankan secepat mungkin.

“Insya-ALLAH, saya telah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSU) untuk memindahkan proses itu ke dalam inisiatif ‘fast track’,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Penjara yang diadakan di Penjara Sungai Buloh, di sini semalam (5 Mei).

Hadir pada sambutan itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhamad.

Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan pemasangan sistem penghawa dingin Dewan Tan Sri Murad Ahmad yang terletak di dalam perkarangan Penjara Sungai Buloh.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan pengurusan Penjara Sungai Buloh kerana berkhidmat dengan baik sepanjang ditahan di sana beberapa tahun lalu.

Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat klinik kesihatan di Penjara Sungai Buloh. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button