Antara realiti dan persepsi: UMNO, PAS, Bersatu patut bergabung hadapi PRU15
UMNO, PAS dan BERSATU sepatutnya bergabung kata, Tun Musa Hitam.
Tiga parti utama berteraskan Melayu dan Islam harus bergabung.
2. Tun Musa berkata demikian hari ini, Sabtu di Program Sembang Kopi bertajuk Melayu, Membina Penyatuan dan Menyuburkan Integriti di Ampang, Kuala Lumpur.
Masalahnya, sekarang Melayu tidak bersatu lagi, jadi soal ini harus diteliti iaitu bagaimana kita hendak menjaga kepentingan Melayu.
3. Tun Musa Hitam juga kata, selepas bergabung ketiga-tiga parti ini juga perlu memperluaskan ideologi perjuangan mereka bagi menarik sokongan majoriti rakyat.
UMNO kata mereka parti Melayu dan Islam. PAS dan BERSATU pun sama. Kalaulah tiga parti ini boleh bersama, mereka boleh wujudkan satu “simple solid Group.”
Pada waktu yang sama Gabungan 3 parti ini, harus beri jaminan kepada bangsa dan agama lain bahawa mereka akan diberi kebebasan beragama dll serta dilindingi, ujar Tun Musa Hitam.
*REALITI POLITIK MASA KINI.*
4. Realiti politik masa kini, UMNO sudah umum akan bertanding Solo tanpa kerjasama dengan Perikatan Nasional iaitu PBBM dan PAS.
UMNO bersama BN (MCA, MIC & PBRS) amat yakin berupaya menang 112 kerusi Parlimen, sekali gus boleh memerintah secara Sola dan Mutlak, tanpa Kerajaan Campuran seperti sekarang.
5. Cuba fikirkan, sebelum PRU 14, BN yang dianggotai oleh 14 parti komponen Barisan Nasional hanya menang 79 kerusi Parlimen, dengan UMNO menang 54 kerusi.
Terkini, sekiranya berhadapan dengan PRU 15, BN-UMNO yakin berupaya menang paling tidak 112 kerusi Parlimen.
Going SOLO merupakan tekad dan azam UMNO.
UMNO kelihatan tidak perlukan sebarang sokongan dari mana-mana pihak.
*PENGKIANAT PARTI UMNO.*
6. Naratif yang paling panas yang sering dibicarakan hari ini, adalah mengenai 13 Orang Ahli Parlimen UMNO Pengkianat, yang meninggalkan parti UMNO, untuk bersama-sama Parti BERSATU.
Persoalannya, benarkah 13 orang Ahli Parlimen ini pengkhianat ?
Pengkhianat, adalah satu Terma yang diberikan kepada mereka (Ahli Parlimen) yang meninggalkan parti, yang menyebabkan parti Gabungan tersebut tumbang daripada menjadi Kerajaan Persekutuan.
Sebagai contoh, Azmin Ali dan Zuraida, mereka ini adalah diantara 11 Ahli-Ahli Parlimen parti PRK yang tinggalkan PKR untuk menyertai Pakatan Gabungan Parti Perikatan Nasional, mengakibatkan Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang pada bulan Februari tahun 2020.
7. Ini amat berbeza dengan tindakan yang diambil oleh 13 Ahli Parlimen UMNO, yang meninggalkan UMNO untuk menyertai parti BERSATU.
13 Ahli Parlimen ini meninggalkan UMNO didalam keadaan *KALAH.*
Mereka tidak *tumbangkan Kerajaan UMNO.*
Malahan, mereka bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, GPS Sarawak, Ex. PKR, PAS dan PBBM menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan.
8. Sekiranya tiada kerjasama dari semua pihak, mana mungkin Kerajaan Pakatan Harapan boleh tumbang pada bulan Februari 2020.
Presiden UMNO juga turut serta menyokong Gagasan kerjasama politik ini untuk menumbangkan Pakatan Harapan dan mengagalkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jadi Perdana Menteri ke 9.
*KENAPA PRESIDEN UMNO U-TURN.*
9. Persoalan Kedua, kenapa tiba-tiba Presiden UMNO U-turn, buat pusingan U didalam Tiga perkara iaitu ;
(i). Menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama 14 lagi Ahli Parlimen UMNO ;
(ii). Mengambil ketetapan tidak mahu berkerjasama dengan Parti Perikatan Nasional didalam PRU 15, bermaksud, Going SOLO ; dan
(iii). Tiba-tiba terkeluar pendedahan Surat Sokongan dari Presiden UMNO kepada Anwar Ibrahim, untuk jadi Perdana Menteri.
10. Saya secara pasti, tidak akan dapat memberi jawapan kepada ketiga-tiga persoalan diatas, kenapa Presiden UMNO membuat U-Turn selepas 17 bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.
Pada hemat saya, ada beberapa kemungkinan yang boleh dijadikan panduan ;
(i). Berkemungkinan oleh kerana PM TS Muhyiddin Yassin tidak mahu campur tangan kes Mahkamah Presiden dan bekas Presiden UMNO (tidak mahu membantu kedua-dua kes ini).
(ii). Berkemungkinan Anwar Ibrahim memberikan Aku-Janji, akan membantu menyelesaikan kedua-dua kes mahkamah ini sekiranya Muhyiddin Yassin digulingkan dan diganti dengan Anwar.
Usaha ini gagal apabila kebanyakkan dari 15 Ahli Parlimen UMNO yang menjatuhkan Muhyiddin, tidak mahu terlibat didalam menyokong perlantikkan Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9.
(Anwar sekarang menafikan perkara ini).
(iii). Berkemungkinan UMNO mahu pergi SOLO kerana beranggapan sekiranya UMNO-BN menang besar, UMNO berkuasa secara mutlak dan Perdana Menteri dari UMNO boleh diberi tekanan untuk menyelesaikan kes-kes Mahkamah yang dihadapi oleh pemimpin UMNO.
*KERAJAAN MUTLAK UMNO.*
11. Agak menghairankan juga kerana ketika BN-UMNO memerintah selama 61 tahun sehingga tahun 2018, BN ketika itu merupakan satu Gabungan 14 Parti-Parti Politik, dan parti UMNO ketika itu mempunyai 17 orang Menteri Kabinet daripada 33 orang Menteri ketika itu.
Kini, setelah UMNO kembali semula berkuasa dengan seorang Perdana Menteri dari UMNO pada 15 Ogos 2021, UMNO mempunyai 14 orang Menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri dari UMNO.
Hanya perbezaan 3 orang Menteri Kabinet sahaja.
Memang susunan Ahli Jemaah Menteri Kabinet tidak sebagai mana kehendak UMNO kerana PM Ismail Sabri mewarisi Kabinet ini daripada Kerajaan PN.
Sudah pasti sekiranya UMNO berkuasa semula dengan mandat baru, portfolio Menteri Pendidikan, Dalam Negeri dan Pertanian akan diambil semula oleh UMNO.
12. Secara realitinya, UMNO hanya berada diluar Kerajaan selama 3 tahun dan 3 bulan sahaja.
Kalah pada bulan Mei 2018.
Dan kembali berkuasa pada bulan Ogos tahun 2021, dengan Ismail Sabri menerajui Kerajaan Campuran yang dipanggil *Kerajaan Keluarga Malaysia.*
13. Agak menduka-citakan apabila segelintir pemimpin UMNO memanggil PM Ismail Sabri sebagai *Pengkhianat Parti UMNO* hanyalah kerana PM tidak mahu membubarkan Parlimen dengan serta-merta tanpa persiapan yang rapi oleh Barisan Nasional.
14. Agak mendukacitakan juga, apabila saranan Tun Musa Hitam agar ketuga-tiga parti Melayu ini iaitu UMNO, BERSATU dan PAS bergabung, belum mendapat sebarangan sambutan yang positif.
Kerana rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berpendapat, sekiranya *UMNO-BERSATU-PAS bergabung*, pasti 129 kerusi majoriti orang-orang Melayu akan menjadi milik mereka dan ketetapan ini akan menentukan Negara Malaysia ini akan terus diperintah oleh Gabungan Parti-Parti Melayu-Islam, yang akan terus melindungi Rakyat Malaysia dari semua bangsa dan agama. – SM