Politik

Annuar vs Anwar

Tan Sri Annuar Musa memilih untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangkan belanjawan oleh kerajaan semalam.

Annuar menyifatkan Anwar tidak tahu tentang ekonomi kerana hanya berkelulusan di dalam bidang bahasa.

Apa yang berlaku menurut Annuar, Anwar hanya menggunakan bahasa yang menarik bagi menampakkan dia bijak dan mengetahui tentang ekonomi.

“Tidak hairan jika itu komen ketua pembangkang kerana beliau sememangnya tidak memahami ekonomi, baik ekonomi makro apalagi mikro.

“Berlatarbelakangkan malay studies masa di uni memang susah memahami ekonomi…tapi cemerlang dari sudut bunga bahasa..teringat bajet 90an dan KRISMON98,” sindir Annuar.

Anwar menyifatkan Belanjawan 2021 tidak memberi gambaran bagaimana ia boleh merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi supaya boleh hidup dan segar.

Ciapan Annuar itu mendapat balasan netizen bahawa Anwar pernah mendapat pengiktirafan antara menteri kewangan terbaik dunia, berbanding Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutusan tidak pernah mendapat apa-apa pengiktirafan.

Jarang Annuar menyerang Anwar, tetapi agak aneh apabila ia berlaku.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button