Luar Negara

Angka kematian gempa bumi Turkiye-Syria melebihi 4,000 orang

SETAKAT ini jumlah kematian akibat gempa bumi pada magnitud 7.8 kelmarin di selatan Tukiye dan utara Syria sudah melebihi 4,000 orang.

Sementara itu puluhan ribu lagi cedera ketika pasukan penyelamat sedang bergelut dengan keadaan musim sejuk yang teruk untuk mencari mangsa yang terselamat.

Di Türkiye, sekurang-kurangnya 2,921 orang terbunuh dan 15,834 yang lain cedera,’

Agensi Anadolu negara itu melaporkan pada hari Selasa, memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.

Di negara jiran Syria, sekurang-kurangnya 711 terbunuh dan 1,431 cedera di wilayah Aleppo, Latakia, Hama, Tartus, kata Kementerian Kesihatan Syria.

Laporan media juga memetik pekerja penyelamat sebagai berkata bahawa 733 terbunuh dan lebih 2,100 cedera di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah selatan Türkiye, Kahramanmaras pada 4:17 pagi waktu tempatan (0117 GMT) pada Isnin, diikuti oleh sekurang-kurangnya 78 gegaran susulan. Gegaran itu turut dirasai di Lubnan, Israel dan Cyprus

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button