Andika diuji dengan tagline nya sendiri
DUA tiga hari ini kecoh berkenaan personaliti media sosial, Andika Putera dan bekas isterinya Ananda Natasha sering berbalas di media sosial sehingga menimbul kecurigaan dari para waraganet.
Pada awalnya bermula dari Ananda Natasha atau lebih mesra dipanggil Tasha, menuduh Andika pernah berlaku curang semasa mereka berkahwin.
Selepas itu timbul pula pasal isu nafkah dan hutang jika tidak menyelesaikan perkara ini masing-masing akan sebarkan aib video.
Tidak mahu terus menjadi isu berpanjangan terbaru Andika memuat naik melalui media sosialnya memohon maaf kepada semua pengikutnya apa yang telah berlaku.
https://www.tiktok.com/@andikaputeraa/video/7397439824778611976?lang=en
Terdahulu, Andika memberi menjelasan panjang lebar berhubung untuk mempertahankan dirinya susulan pendedahan Natasha yang mendakwa dia berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Artikle Berkaitan :>
Andika nafi skandal dengan isteri orang dan pekerja