Analisis: Banjir Atau Bencana Lebih Efektif Turunkan Angka Kes Harian Berbanding Vaksin?
Suatu kes dahulu Malaysia pernah mencapai sifar kes harian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ketat dibuat.
Namun setelah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuat, angka kes harian tiba-tiba melonjak dan rakyat yang duduk rumah naik bengang.
Ketika itu bukan hanya kes meningkat malah angka kematian pun sama naik sampailah vaksin diperkenalkan dan dibawa masuk ke Malaysia.
Apabila vaksin mula diagihkan, macam-macam kes terjadi. Ada yang serasi, ada yang terpaksa tinggalkan dunia sementara ini menuju alam abadi.
Setelah masuk vaksinasi kali kedua, angka kes masih tinggi namun ia cuma banyak melibatkan kes tahap 1, 2 dan 3 sahaja manakal tahap 4 dan 5 semakin berkurangan.
Menariknya pada Disember 2021, Malaysia antara negara yang menerima rahmat Allah SWT menerusi banjir besar dan agak dahsyat.
Ketika itu nak lihat kes harian Covid-19 pun seperti tak berapa nampak. Yang nampak adalah rakyat Malaysia yang cukup baik hati membantu antara satu sama lain.
Awal-awal banjir reda, saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya laporkan kes harian sekitar bawah 3,000 – 5,000 kes.
Nampak gayanya seperti banjir telah berjaya menghapuskan masalah Covid-19 yang tak dapat diselesaikan oleh vaksin dan hari demi hari terus berjalan.
Hari ini.. pada hari yang sungguh aman.. angka harian kes Covid-19 naik mencanak. Rakyat mula berteka-teki, adakah bakal ‘road to 10K’ menjelang Aidilfitri?
Dari segi hidu-hidu, serupa bakal ke arah itu macam setiap tahun. Kitarannya samalah macam kes minyak masak, akan ada satu masa, minyak masak jadi tak cukup stok.
Namun untuk angka harian Covid-19 ini, memang ia agak unik dan gagal diterjemahkan oleh kelompok masyarakat tertentu untuk mendepani hari ini.
Penulis nak berkongsi satu kes yang dekat terjadi sangat dengan penulis, melibatkan ahli keluarga yang sepatutnya menjalani pembedahan semalam.
Nak dijadikan cerita sehari sebelum Tahun Baharu Cina, ahli keluarga penulis diminta hadir ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani swab test.
Keesokan harinya sambil masak-masak tengahari, satu nombor dari unit HKL Whatsapp dan laporkan ahli keluarga penulis ini positif. Alamat melompatlah satu rumah!
Penulis cakap, tenang dan sabar dahulu. Buatlah ujian kendiri menggunakan RTK Antigen dan keputusannya adalah negatif.
Tidak berpuas hati dengan itu, penulis paksa ahli keluarga penulis untuk menjalani RTK di sebuah klinik swasta, bayar RM90 dan hasilnya juga adalah negatif.
Faham bahawa PCR itu ketepatannya agak tinggi namun keputusan ujian 2/3 menunjukkan negatif dan 1/3 sahaja positif, itu pun daripada HKL.
Untuk langkah selamat, seluruh ahli keluarga termasuk penulis menjalani kuarantin kendiri namun masih timbul kemusykilan mengenai perkara ini.
Bayangkan.. berapa ramai yang bayar klinik swasta dan sudah buat RTK sendiri namun keputusannya adalah negatif. Bukankah ia satu pembaziran?
Baik KKM sarankan semua klinik termasuk swasta buat PCR sahaja. Paling kurang tahu mana satu betul tak betul atau tepat tak tepat tanpa wujud keraguan. Salam 2/3!