Hiburanpilihan

Anak perempuan Dr Amalina beri nama puteri sulungnya, Arabella Mia!

PAKAR bedah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.

Dr Amalina berkongsi berita gembira itu sekali gus memperkenalkan nama puteri sulungnya sebagai Arabella Mia.

“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.

“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” katanya.

Dalam kemas kini tersebut, Dr Amalina memuat naik fotonya sambil mendukung bayinya menghadap jendela.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut teruja serta mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button