Isteri kedua:Anak perempuan Abby Abadi-Norman Hakimnikah di Thailand
WARGANET dikejutkan dengan khabar angin anak perempuan kepada Abby Abadi dan bekas suami, Norman Hakim bernikah dengan seorang lelaki bernama Aslam.
Menurut laporan Harian Metro, Marissa yang merupakan anak kedua bekas pasangan suami isteri itu yang kini sudahpun bernikah dengan individu lain, didakwa melangsungkan pernikahan di Songkla, Thailand sekitar Disember tahun lepas.
Menurut sumber, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya serta isteri pertama Aslam.
‘’Mereka berkahwin ketika Misya (isteri pertama) menunaikan umrah. Kiranya Misya dimadukan tanpa pengetahuannya,” menurut sumber.
Ikatan Aslam dan isteri pertamanya kembali terjalin selepas Aslam dan Misyah rujuk semula selepas kontroversi hubungan mereka reda.
Pada tahun lalu Marissa menerima kecaman hebat apabila timbul dakwaan gadis itu merupakan orang ketiga dalam kehancuran rumah tangga seorang isteri iaitu Misya.
Media bagaimaana pun gagal dalam usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Norman Hakim dan Abby.
Artikle Berkaitan :>
Anak Abby Abadi dan Norman Hakim di dakwa menjadi keruntuhan rumah tangga orang