Negeri

Anak muda perlu jadi watan pertahan negara – Raja Muda Perlis

Negara memerlukan barisan generasi muda dalam memperkukuhkan pertahanan negara. Ia juga sejajar dengan falsafah utama Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia iaitu untuk menyediakan anak watan Perlis sebagai perisai pertahanan negara dan negeri dari pelbagai ancaman dalam dan luar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pembukaan ‘Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1 Bagi Tahun 2021 Rejimen 504 Askar Wataniah’ yang diadakan di Kem Bukit Keteri, Beseri pada semalam.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen berslogankan “Di Latih Untuk Perang” itu ke majlis yang disekalikan dengan sambutan peringatan hari ulang tahun rejimen yang Ke-41 disambut oleh Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Hadir sama ialah Panglima Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kolonel (Kehormat) Azman Mohd Yusof.

Turut diadakan ialah ‘Perbarisan Komander’ yang juga merupakan kali kedua diadakan dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut baginda, ‘Walaupun dalam skala kecil, ia tidak menjejaskan matlamatnya yang selari dengan Sistem Pemerintahan Rejimental. “Better less than never”, amatlah penting diterapkan dalam organisasi yang mampan dan berkesan. Natijahnya, keperluan dalam pengekalan Sistem Rejimental ini perlu digarap walau apa sekalipun yang berlaku bagi memastikan falsafah ketenteraan terjamin di setiap segmen pemerintahan’.

Di majlis yang sama Tuanku Raja Muda juga berkenan menyaksikan pemakaian pangkat Mejar Kehormat Askar Wataniah kepada Pengurus Besar PTPTN Negeri, Siti Jahara Mohd Idris.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button