Nasionalpilihan

Anak kepada seorang Menteri Besar antara enam direman SPRM

ANAK kepada seorang menteri besar adalah antara enam orang yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen berjumlah RM600,000.
Selain anak kepada kenamaan itu, turut direman adalah pegawai kanan Pejabat Menteri Besar.
Memetik Astro Awani, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi tadi.
Sumber memberitahu Astro Awani, semua suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan  dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan sejak 2022.
Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button