Kemalanganpilihan

Anak, bapa saudara maut Perodua Myvi rempuh pokok

Hasrat seorang lelaki dan anak saudaranya keluar membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Jalan Lendu, Masjid Tanah, Melaka di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, mereka yang maut dikenali sebagai Muhamad Hasraf Amin Hasrin, 23, dan bapa saudaranya, Mohd Firdaus Yusof, 38.

Menurutnya, seorang lagi penumpang belakang Azizul Hamis@Jainy, 38, mengalami kecederaan parah di kepala dirawat di zon merah Hospital Alor Gajah.

“Dalam kejadian tepat pukul 12 tengah malam itu, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Perodua Myvi dari arah Taman Dimensi Lendu menuju ke Masjid Tanah.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Muhamad Asraf dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, akibat rempuhan yang kuat itu pemandu dan penumpang sebelah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang parah ditempatkan ke Zon Merah hospital sama.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

Artikel berkaitan > Dua wanita rakan sekerja maut kemalangan tiga kenderaan

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button