Politik

AMK gariskan lima tumpuan utama hadapi cabaran politik

PEMBENTUKAN komuniti muda, pendidikan tinggi dan peranan mahasiswa, ekonomi anak muda, reformasi dan kepimpinan, dan disiplin organisasi merupakan lima tumpuan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi kerangka lebih holistik, meliputi cabaran ekonomi, sosial dan sivik di kalangan anak muda.

Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata dalam usaha membentuk komuniti muda, walaupun PKR kini bersama dengan kerajaan, AMK tidak boleh bergantung hanya kepada agensi atau jabatan semata-mata, sebaliknya AMK perlu kekal berperanan dalam masyarakat.

“Namun begitu, sekiranya kita dapat meluaskan perancangan dan penglibatan, saya percaya keberkesanan dan kesan
usaha AMK akan dapat ditingkatkan dan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya,” katanya.

“Saya sarankan untuk kita wujudkan kempen gerakan ‘Komuniti Muda’ untuk menyelaraskan program dan aktiviti
di seluruh negara. Kita akan lancarkan selepas Tahun Baru Cina supaya usaha AMK di akar umbi akan memberi kesan positif dan dirasai melangkaui kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional AMK 2019 bertemakan “Reformasi Dua Dekad, Mengisi Kemenangan Rakyat” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button