Amerika pun tak tolak ansur dengan kelakuan tidak sopan apabila lelaki bogel sambil drive-tru ditahan.
AMERIKA Syarikat sebuah negara yang menjulang segala macam bentuk kebebasan individu, kebebasan bersuara dan pelbagai lagi bagaimanapun tidak bertolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan kesopanan di tempat awam.
Ini ekoran seorang lelaki berusia 61 tahun ditangkap setelah memesan makanan restoran makanan segera secara pandu lalu tanpa berpakaian di Oklahoma.
Christopher Sale dia bertindak demikian kerana lapar dan semua pakaiannya dicuci dalam mesin basuh.
Dia juga mengatakan kepada polisi bahwa dia “tidak tahu bahawa perbuatan itu melanggar undang-undang.”
Sale, yang keluar membeli makanan pada malam Sabtu malam 29 Ogos lalu di kaunter pandu lalu di Taco Bell di Oklahoma City, dilaporkan meluangkan waktunya untuk memesan makanannya, bertanya satu demi satu barang menyebabkan kakitangan merasa tidak selesa.
Setelah membayar pesanannya, Sale kemudian meminta taco tambahan.
Setelah menerima pesanan, dia meminta lebih banyak sos. Setelah kakitangan memberikan permintaannya, dia kemudian meminta serbet sebelum akhirnya memandu keluar.
Namun, dia masih tidak puas hati dan kembali sekali lagi di kaunter pandu lalu itu untuk meminta lebih banyak sos.
Akhirnya pekerja terbabit membuat laporan polis. – SM