NasionalRencah Hidup

Ambil kalau elok, pejam mata kalau membantu – Zahid Hamidi

Rungutan masalah PdP di rumah, gajet tidak mencukupi

KALAU tidak ada anak, anda akan dikatakan tidak faham dengan masalah yang dihadapi oleh golongan yang mempunyai anak kerana kehidupan yang dijalani tidak membabitkan individu lain.

Ya mungkin benar apa yang ditebarkan ke atas golongan bujang yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak tetapi masalah mereka yang bersunggut tentang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian di rumah adalah masalah sejagat.

Tertarik dengan hantaran yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di akaun Facebooknya, beliau mencatatkan, Hari ini hari kedua anak-anak kita menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah.

Namun banyak rungutan saya terima semalam iaitu hanya selepas sehari ia mula dilaksanakan di seluruh negara.

Catat Ahmad Zahid, ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi ibu bapa bagi membantu anak-anak mengikuti PdP secara maya.

Kekangan paling banyak diketengahkan adalah gajet tidak mencukupi untuk ibu bapa yang mempunyai ramai anak.

“Kekangan kedua, komputer riba atau telefon bimbit yang mereka ada untuk digunakan anak-anak, adalah spesifikasi lama.

“Kekangan ketiga, masalah jaringan internet terutama bagi keluarga yang menetap di kawasan pendalaman,” catat Ahmad Zahid.

Rungutan ini, menurut Ahmad Zahid, masih timbul di sebalik pengumuman pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet serta pemberian percuma data 1 Gigabit.

“Mungkin kerana pengumuman itu masih belum dapat membantu sepenuhnya mereka dalam berhadapan dengan kekangan tersebut,” ujar Ahmad Zahid.

Apa yang pasti, para ibu bapa ini dalam dilemma, kata Ahmad Zahid sambil menambah, ibu bapa ini juga turut  dibelenggu kerisauan.

Kesimpulannya, memanglah tiada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka ketinggalan dalam pendidikan.

Permasalahan ini pernah ditimbulkan rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 (diumumkan pada 18 Mac tahun lepas) tetapi tiada penyelesaian secara total sebelum PKP 2.0 dilaksanakan (bermula pada 13 Januari 2021 dan dijangkakan sehingga 26 Januari ini).

“Beberapa hari lalu saya sendiri ada membangkitkan semula kebimbangan ini namun tiada sambutan daripada pihak berwajib.

“Dalam posting itu saya sertakan cadangan kaedah tambahan untuk memudahkan anak-anak kita mendapat akses pendidikan. Saya cadangkan salah satu saluran televisyen milik kerajaan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran anak-anak.

“Slot siaran boleh dibahagikan mengikut matapelajaran dan subjek teras untuk murid tahun 1 hingga 6 serta pelajar tingkatan 1 hingga 5,” ujar Ahmad Zahid.

Beliau menambah, pelajar dikehendaki mengikut jadual masa pembelajaran yang ditentukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui saluran pendidikan di televisyen itu.

Kata Ahmad Zahid lagi, mohon jangan ambil mudah keluhan ibu bapa ini. Anak-anak mereka juga berhak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“Jika cadangan saya itu ada kewajarannya, saya mohon pihak berwajib teliti kesesuaiannya. Andai bermanfaat, laksanakanlah. Pejam mata sahaja cadangan ini dari saya jika ia dapat membantu,” catat beliau lagi.

Ahmad Zahid juga menulis, andai cadangan ini kurang manfaat, carilah jalan lain untuk membantu ibu bapa serta anak-anak ini.

“Negara perlukan generasi berilmu. Untuk mencari capaian internet yang baik, penuntut terpaksa mengikuti pembelajaran secara online bersebelahan kadang lembu di Kampung Periok, Tumpat – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar,” catat penuh Ahmad Zahid. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button