AmBank Islamic melancarkan Kempen Am Up Your Chances dengan Mercedes EQS sebagai Hadiah Utama
AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) telah melancarkan kempen Am Up Your Chances dengan jumlah hadiah dan ganjaran bernilai RM2.7 juta untuk dimenangi.
Hadiah kempen Am Up Your Chances termasuk kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQS serba baharu bernilai RM720,000, kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQE bernilai RM450,000, dua unit kenderaan elektrik Mercedes-
Benz EQA bernilai RM290,000 setiap satu, tiga baucar perjalanan percutian bernilai RM20,000 setiap satu, lapan baucar barangan mewah bernilai RM20,000 setiap satu, lima pakej perjalanan Umrah bernilai RM10,000 setiap satu, 20 unit iPhone 14 Plus bernilai RM4,800 setiap satu, 20 unit 10gm 999 Jongkong Emas bernilai RM3,250 setiap satu, wang tunai berjumlah RM500 untuk 489 pemenang dan wang tunai berjumlah RM100 untuk 3000 pemenang.
Kempen ini akan berlangsung selama 12 bulan mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024 bertujuan
untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggannya yang menyimpan dalam
Akaun Simpanan-i AmWafeeq (AmWafeeq-i).
Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata: “Memandangkan sambutan menggalakkan yang diterima menerusi kempen AmRewards sebelum ini, kami amat berbesar hati untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan kami melalui Kempen Am Up Your Chances bagi menggalakkan penyimpanan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq (AmWafeeq-i).
“Ini membuatkan kami terus bermotivasi dalam menambah baik produk dan perkhidmatan kami dan pada masa yang sama dapat menawarkan ganjaran menarik kepada pelanggan setia yang menyimpan dengan kami.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang kempen AmRewards 2.0 dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada AmBank Islamic sepanjang kempen ini.”
AmBank Islamic turut mengumumkan pemenang kempen AmRewards 2.0, yang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM900,000 pada Majlis Penyampaian Hadiah Akhir Tahun AmRewards 2.0 yang diadakan di Pusat Porsche Ara Damansara, Selangor.
Mendahului senarai sebagai Pemenang Hadiah Utama ialah Chew Ley Yiau, pemegang akaun dari Cawangan Skudai, yang memenangi sebuah Porsche Cayenne serba baharu.
Sementara itu, Yik Choon Chor dari Seri Kembangan dan Heng Geok Siam dari Skudai memenangi hadiah kedua, membawa pulang baucar Hour Glass bernilai RM100,000 setiap satu.
Lima pemenang telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah ketiga yang membawa pulang Set Apple Essential. Set Apple Essential ini terdiri daripada MacBook Air M1 256GB, iPad 10.2 inci 64GB, iPhone 13 128GB, Apple Watch Series 8 dan AirPods Pro.
Dalam pada itu, 15 pemenang memperoleh ‘detik keemasan’ apabila mereka memenangi 10gm 999 Gold Bar dalam kategori New-to-AmWafeeq Draw manakala 10 pemenang lain membawa pulang iPhone 13 128GB setiap satu bagi kategori New-to-Bank Digital Draw. – SM