Nasional

Amaran ribut petir di Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Perak, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan, ia berkata ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung dan Bagan Datuk di Perak manakala di Terengganu, ia melibatkan Dungun dan Kemaman.

Di Pahang, keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan, manakala di Selangor, kawasan itu termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button