Amalkan Doa ini Selama Bulan Syaban, Agar Diberikan Kesempatan Beribadah di Bulan Ramadan
Bulan Syaban 1443 hijriah telah datang pada malam hari ini, Khamis 3 Mac 2022.
Bulan Syaban adalah bulan kelapan dalam kalendar hijrah setelah bulan Rajab.
Bulan ini sekaligus sebagai penanda untuk umat muslim kerana mendekati bulan Ramadan.
Dalam memasuki bulan Syabat, umat muslim dianjurkan untuk membaca doa berikut ini.
Doa bulan Syaban memiliki keutamaan, diantaranya adalah permohonan tulus agar Allah SWT meredai umur panjang, sebagai langkah kita dalam menyambut Ramadan 2022.
Ini doanya:
Allâhumma bârik lanâ fî Rajaba wa Sya‘bâna wa ballighnâ Ramadan
Ertinya:
“Ya Allah, berkatilah kami pada Bulan Rajab dan Bulan Sya’ban. Sampaikan kami dengan Bulan Ramadan.”
Waktu pembacaan doa ini boleh dilakukan pada malam hari ini kerana bertepatan dengan 1 Syaban 1443 Hijrah.