Amalan Makan Anak Lebah Jadi Trend Dan Pemburu Madu Tualang Kecewa Mengenainya!
Dalam keseronokan berkongsi makan unik dalam media sosial, mungkin secara tidak sedar kita sudah menjadi ejen pemusnah ekosistem alam semula jadi secara senyap.
Berdasarkan perkongsian pemburu Madu Tualang, Ahmad Zakaria Nur, sekeping gambar sarang anak lebah yang dijadikan santapan menimbulkan rasa duka cita.
Berikut adalah tulisan penuh Ahmad Zakaria Nur mengenai amalan memakan sarang anak lebah yang sepatutnya tidak diusik :
———-
Astagfirullah Al-Azhim.
Ini kerja gila!
Saya fikir amalan makan anak lebah ni hanya dibuat oleh orang asli di hutan dahulu kala.
Rupanya jadi trend hari ini.
Tuan Puan, inilah namanya sarang anak lebah (broodcells). Biasanya kami team pemburu Madu Tualang hanya menuai sarang madu (honeycells) sahaja. Manakala sarang anak ditinggalkan beserta makanan anak lebahnya supaya lebah dapat berkoloni terus.
Hikmahnya, madu yang dituai pada bulan berikutnya akan jadi lebih banyak. Begitulah bila kita bersahabat dengan alam.
Namun bila kalian makan larva atau kepompong lebah, ini bererti kalian sudah membunuh puluhan ribu ekor lebah pada masa yang sama!
Dari segi hukum pula, jika sengaja diasingkan ulat/larva daripada sarang lebah tersebut, lalu dimakan secara berasingan maka haramlah hukumnya. Para ulama secara umumnya mengkategorikan serangga (الحشرات) dan seumpamanya sebagai sesuatu yang jijik yang secara ma’rufnya tidak dimakan. Allah berfirman:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk. Surah al-A’raf, (7/157)
(Rujuk: AL-KAFI #497: HUKUM MAKAN ULAT DARIPADA SARANG TEBUAN/LEBAH)
Tambahan pula ada larangan khusus dari hadith Nabi Muhammad ﷺ,
“Rasulullah ﷺ melarang membunuh empat jenis binatang yang melata: semut, , hudhud dan Shurad (salah satu jenis burung)”.
[Riwayat Ibn Majah, kitab Buruan, bab yang tidak boleh dibunuh, no. hadith: 3215]Bila lebah musnah, lama-kelamaan kita tidak dapat lagi menikmati Madu Lebah Tualang yang bermutu tinggi. Bahkan industri pertanian kita juga akan musnah kerana lebah adalah ejen pendebungaan utama hutan dan pokok-pokok buah.
Sebarkan mesej ini supaya masyarakat kita tidak lagi memakan benda ‘eksotik’ seperti ini.
Nak rasa minuman paling eksotik, minumlah madu lebah. Jangan pula dimakan lebahnya.
Kredit : Ahmad Zakaria Nur