Luar Negara

Kerana Wajah Kacak, Segelintir Wanita Single Tak Kisah Cameron Herrin Berstatus Pembunuh

Seorang ibu berusia 24 tahun bersama anak perempuannya yang berusia 1 tahun maut apabila dilanggar seorang remaja pada kelajuan 100mph.

Mangsa adalah Jessica Reisinger-Raubenolt serta anak perempuannya, Lillia dan ketika kejadian, mangsa membawa anaknya dengan sebuah kereta sorong bayi untuk menyeberangi jalan di Gandy Boulevard.

Suspeknya, Cameron Herrin, 21, disabitkan dengan kesalahan tersebut atas perbuatannya pada sekitar Mei 2018 dan kini berdepan hukuman penjara selama 24 tahun.

Niat Mahu Ke Gimnasium Bertukar Tragedi

Suspek menaiki kereta jenis Mustang dan rakannya pula John Barrineau menaiki kereta berasingan jenis Nissan dipercayai baru dalam perjalanan hendak ke gimnasium di daerah Tampa.

Kedua-dua buah kenderaan ini berhenti bersebelahan antara satu sama lain di sebuah lampu isyarat sebelum berlakunya insiden malang itu.

Difahamkan, kedua-dua mereka berniat untuk berlumba untuk menuju ke destinasi tetapi malang tidak berbau apabila kemalangan itu berlaku sebelum tiba ke gimnasium.

Wanita Malaysia Zahir Simpati

Namun oleh kerana suspek memiliki wajah yang kacak, kebanyakan wanita termasuk dari Malaysia menzahirkan rasa simpati ke atas Cameron.

Ada juga beberapa kempen dalam media sosial yang mahu Cameron diringankan hukuman atas kesalahan jenayahnya sehingga mengorbankan nyawa orang lain.

Teringat pula pada kejadian serupa yang terjadi di Malaysia, habis pelakunya dikecam sampai ke lubang cacing meski pun ia dilakukan wanita jelita.

Tidak nampak pula ada lelaki yang berkempen bermati-matian mempertahankan jenayah yang dilakukan akibat kecuaian ketika di jalan raya.

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button