Nasionalpilihan

Aloha Party: Pemilik resort kena denda RM25,000

Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah di Kuala Nerus didenda RM25,000 kerana menganjurkan parti liar ‘Aloha Party’ Isnin lepas.
Memetik BERNAMA, denda itu dikenakan kerana melanggar peraturan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata pemilik resort juga diarah tidak lagi menganjurkan program berkenaan bagi tahun-tahun akan datang meskipun ia didakwa diadakan secara tertutup khas untuk pengunjung resort.
“Kita telah panggil pemilik resort dan pengurusan untuk beri penjelasan, dan daripada penjelasan itu kita dapati banyak perkara atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dilanggar, antaranya program itu diadakan secara ulangan setiap tahun tanpa pengetahuan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), polis dan sebagainya,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemilik dan pengurusan Summer Bay Resort di Wisma Darul Iman hari ini.
Beliau berkata susulan kejadian itu kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan di semua resort dan pusat percutian di negeri ini bagi mencegah kejadian seumpama itu daripada berulang pada masa akan datang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button