Sukan

Alison Dos Santos Pecah rekod dunia lari 400 meter berpagar

PEMENANG pingat gangsa Olimpik Tokyo Alison Dos Santos dari Brazil merangkul emas dalam acara 400 meter lari berpagar dengan catatan masa 46.29 saat di Kejohanan Olahraga Dunia sekali gus memecahkan rekod dunia, lapor Xinhua.

Pingat perak diraih Rai Benjamin dari Amerika Syarikat dengan catatan 46.89 saat manakala rakan senegaranya Trevor Bassitt menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan peribadi terbaik 47.39 saat.

Juara Olimpik tahun lalu dan pemegang rekod dunia Karsten Warholm tewas mengejut apabila sekadar menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 48.42 saat.

Atlet berusia 26 tahun itu berkata kecederaan menghalangnya daripada memenangi kejohanan dunia buat kali ketiga berturut-turut.Ads by

Sementara itu, Dos Santos yang gembira dengan kejayaan itu berkata: “Perasaan memenangi gelaran dunia di trek ini sangat hebat. Saya tidak peduli sangat dengan catatan masa kerana ini kali pertama saya menang gelaran dunia. Saya fikir saya boleh

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button