Aliff dan Bella sah cerai sekali lagi
AKHIRNYA, rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astilla sudah sah berpisah buat kali kedua.
Aliff lafazkan cerai talak satu pada pukul 1.11 tengah hari tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Menurut laporan Harian Mentro Hakim Syarie Wan Mohd Najib merekodkan perpisahan pasangan ini selepas penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan talak pada jam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.
Rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi menemui jalan perpisahan selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Hakim Syarie Wan Mohd Najib merekodkan perpisahan pasangan ini selepas penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan talak pada jam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.
Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.
Pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan mahkamah Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses JKP.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.