Aliff Aziz akui bukan suami yang baik
RUMAH tangga pelakon dan penyanyi, Alif Aziz sebelum ini sering menjadi tumpuan ramai kerana sikapnya.
Malah, penyanyi kelahiran Singapura itu pernah dikecam kerana gagal menjadi seorang suami yang baik kepada isterinya, Bella Astillah.
Walaupun pernah bercerai angkara sikap Aliff sendiri, Bella tetapi memilih untuk bersama kembali membina rumah tangga mereka.
Baru-baru ini, Aliff membuat ucapan khas bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang memasuki tahun ke empat.
“Kita sudah kenal selama tujuh tahun dan telah mengharungi pelbagai rintangan bersama sejak dari mula.
“Saya bukanlah suami yang terbaik tetapi Allah kurniakan kita kekuatan untuk terus bersama,” katanya.
Aliff juga sempat menyatakan kerinduannya untuk bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Penyanyi itu sekarang berada di Singapura dan sukar untuk masuk ke Malaysia bertemu dengan anak-anak serta isterinya ekoran pandemik Covid-19. -SM