Agama

Akta Sihir Tiada Dalam Perlembagaan Persekutuan, Maka Tiada Halangan Dukun Buat Bisnes!

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada undang-undang jika terbabit dengan jenayah berbentuk fizikal, berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) atau punyai saksi yang ramai.

Namun apabila ia melibatkan serangan sihir, santau dan sebagainya ke atas individu, sampai ke hari ini Malaysia gagal membendung pengamal dan komuniti yang gemar cari dukun ini.

Kesannya, yang diserang akan mengalami gangguan mental, kesihatan merosot, memusnahkan hidup ahli keluarga dan usaha untuk beribadah kepada Allah gagal disempurnakan.

Sungguh pun perkara ini sudah berlaku sejak daripada dahulu lagi meskipun zaman sudah berganti moden, amalan dan pencarian ‘orang sakit hati’ ini tak pernah tamat.

Ia cuma dipermudahkan syaitan serta iblis untuk bertemu dengan dukun yang sememangnya memiliki interaksi dengan jin-jin yang boleh ditundukkan demi hajat tertentu.

Yang meninggal dunia akibat sihir pun bukannya seorang dua namun penggubal undang-undang dunia tidak melihat perkara ini kerana kebanyakan mereka adalah kelompok sekular.

Sedangkan kelebihan Islam untuk dipraktikkan sepenuhnya dalam dunia pentadbiran, ekonomi dan sebagainya pun ditolak, apatah lagi kalau berkait undang-undang dan kesihatan.

Sampai ke sudah masyarakat akan menderita kerana masalah ‘orang sakit hati’ ini dan semuanya jadi kacau-bilau hatta ahli politik yang nak meraih undi pun tak boleh selesaikannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button